Seramai 5 orang wakil dari ppipj telah menyertai Kem Tamrin Qiyadi '08 pada 1, 2, dan 3 Februari 2008 di Trong, Perak. Kem Tamrin Qiyadi '08 merupakan sebuah kem latihan kepimpinan belia IPT. 5 orang wakil ppipj ini merupakan antara peserta yg termuda kerana kem ini sebenarnya dikhususkan utk pelajar2 IPT iaitu pelajar2 matriks uia pj dan nilai..
GAmbar-gambar:
[ TEMURAMAH RADIO 24 (LIVE) ]
Pada 15 Februari 2008, penasihat ppipj, saudara Saifullah Zulkifli bersama presiden PKPIM, saudara Hilmi Ramli telah ditemuramah hampir 2 jam di stesen radio 24 secara langsung mengenai pelbagai isu. Antara isu yg dikemukakan ialah bagaimana PKPIM menangkat martabat generasi muda pada masa kini. PPIpj dan JAYA juga telah dibincangkan dlm temuramah ini.
Semoga dgn usaha ini, PPIPJ terus maju. Insya-Allah..
Sekian. Wassalam..
[ JAYA 'O8 ]


















[ALUMNI DINNER '08]
Assalamualaikum...
Pada 31 Mei 2008 iaitu pada Sabtu malam ini, Persatuan Pelajar Islam Petaling Jaya (PPIPJ) akan menganjurkan makan malam buffet bertempat di Rumah Universiti, Universiti Malaya, bertentangan Dewan Tunku Caunselor pada jam 8 malam sehingga 11 malam.
Yurannya:
Tingkatan 5 dan ke bawah: RM25
Lepasan SPM dan ke atas(alumni): RM30
Tema pakaian: Formal(baju batik, baju melayu, casual, kasut)
(Terhad kepada 100 org sahaja)
Diharapkan anda semua boleh hadir bagi memeriahkan lagi majlis makan malam ini. Objektifnya ialah untuk mengeratkan hubungan antara pelajar-pelajar Islam Petaling Jaya serta bekas peserta-pesrta Kem Jaya yang lepas sambil menderma.
Sekian, terima kasih.
BEHIND THE SCENE:




DINNER TIME..! :

0 comments:
Post a Comment