"saudara-saudara sekalian, kamu bukan pertubuhan kebajikan, bukan pertubuhan parti politik, bukan pertubuhan yang diasaskan dengan tujuan yang terbatas, tapi kamu adalah satu roh baru yang mengalir dalam urat nadi umat ini, lantas kamu menghidupkannya dengan Al-Quran. Kamu adalah satu cahaya baru yang memancar., yang akan menghancurkan kegelapan fahaman kebendaan dengan mengenal Allah. Kamu adalah suara-suara lantang yang melaungkan kembali dakwah Rasullulah s.a.w" - Imam Hasan Al-Banna
Perspektif awal penubuhan PPI PJ.
Persatuan Pelajar Islam Petaling Jaya adalah merupakan hasil daripada muafakat yang dibina oleh persatuan pelajar islam sekolah-sekolah di petaling jaya menerusi program Kursus Kepimpinan Pelajar Islam Petaling Jaya atau lebih dikenali sebagai JAYA. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM, cetusan idea dan hasil usaha oleh Sdr Mohd Saifullah Mohd Zulkifli dan Sdr Akmal Hisham Abd Rahim yang merupakan anggota PKPIM, yang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa dan merupakan bekas pelajar SMK (L) Bukit Bintang.
JAYA yang kali pertama diusahakan pada 2005 adalah merupakan inspirasi Sdr Saifullah dan Sdr Akmal Hisham sejak masih menuntut di BBBS. Ketika itu, mereka memegang tampuk pimpinan PPI BB, meletakkan impian yang tinggi untuk membuat sebuah program yang mampu untuk mengumpulkan kepimpinan dan membina jaringan di kalangan PPI di PJ. Namun demikian hasrat tersebut hanya tercapai apabila mereka berada dibangku mahasiswa UIA pada tahun 2005.
Objektif Penubuhan
JAYA pada peringkat awalnya dianjurkan bertujuan untuk membina jaringan PPI di Petaling Jaya bagi memperkukuhkan usaha dakwah dan membina generasi muda di sekolah-sekolah di Petaling Jaya. PPI yang memainkan peranan penting untuk mencapai hasrat islami ini tidak akan tercapai tanpa sistem sokongan yang tersusun dan kepimpinan yang kuat. Justeru, bagi mencapai hasrat ini JAYA dilaksanakan dan setelah 3 tahun PPI PJ turut dilancarkan setelah jaringan tersebut semakin matang.
Keanggotaan
PPIPJ yang bernaung di bawah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) sejak dari 2005-2007 telah dianggotai oleh PPI dari 8 buah sekolah. Namun begitu PPIPJ berhasrat untuk meluaskan keanggotaan pada masa akan datang.
-SMK (L) Bukit Bintang
-SMK (L) Lasalle
-SMK (P) Sri Aman
-SMK (P) Assunta
-SMK Sri Utama
-SMK Sultan Abd Samad
-SMK Taman Medan
-SMK Sri Permata
-SMK Tmn Dato Harun
-SMK(P) Tmn Petaling
-SMK Kelana Jaya
Aktiviti
Aktiviti-aktiviti PPIPJ adalah pelbagai.
-Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pelajar Islam (JAYA)
-Kem Ibadah Sekolah-sekolah
-Perjumpaan Bulanan
-Malam Kesenian Islam
-Kem Survival Remaja Islam (SURVIVAL)
Friday, July 10, 2009
[ Perspektif Penubuhan PPIPJ ]
Posted by PPMPJ at 6:16 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment